Saturday, April 6, 2013

Tomb Raider

Game yang sangat ditunggu-tunggu untuk tahun 2013. Terutamanya lelaki-lelaki bujang (dan dah kahwin?) yang memerlukan semangat dan motivasi apabila bermain PS3 sambil memandang gerakan dan aktiviti Lara Croft (dari belakang, depan, atas, bawah?) yang sudah dikenali sejak dari kecil lagi, sejak aku darjah 6 kot.

Game terbaru ini akan membawa anda mengalami perjalanan Lara Croft yang masih muda dara remaja. Bagaimana permulaan hidup dia sebagai seorang yang mengembara ke serata dunia, untuk mencari khazanah-khazanah berharga.


Apa yang best?
  • Jalan cerita yang membina - daripada seorang Lara yang tidak berpengalaman, kepada seorang pengembara yang berkeyakinan
  • Latar belakang yang menarik dengan sejarah-sejarah yang kaya dengan seni
  • Kaedah berlawan dengan musuh yang fleksibel
  • Kawalan watak Lara secara fizikal yang mudah - memuaskan pemain untuk menjelajah ke seluruh pulau
  • Pelbagai harta kubur untuk dirampas, ubat untuk dikumpul, dan misteri untuk diselesaikan
Apa yang tak best?
  •  Permainan multiplayer yang bosan - sangat mudah untuk dilupakan
  • Jalan cerita yang tipikal